Observer: System Redux Kini Tiba Untuk PS4 Dan Xbox One

Observer: System Redux merupakan versi penambah-baikkan untuk Observer yang dilancarkan pada tahun 2017. System Redux menyertakan penambahan penceritaan dan juga penambah-baikkan untuk grafik dan juga bentuk permainan. Ia sudah dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Pada 23 Julai lepas Bloober Team telah melancarkannya untuk konsol generasi lepas iaitu PlayStation 4 dan juga Xbox One. Jika anda sudah membeli versi PS5 ataupun Xbox Series, ia juga boleh dimainkan di konsol tersebut, begitu juga sebaliknya jika anda membeli versi PS4 dan Xbox One ia akan menyertakan naik taraf percuma.

Seperti versi PS5, Xbox Series dan PC, untuk PS4 dan Xbox One ini ia juga menyertakan penambahan kandungan seperti tiga misi sampingan iaitu Errant Signal, Her Fearful Symmetry dan It Runs in the family. Koch Media juga mengumumkan yang mereka akan hadir dengan versi fizikal untuk permainan ini yang akan turut menyertakan buku seni bersama dengan kod untuk muzik runut.

Sohor Kini