Musim kelima untuk Fall Guys: Ultimate Knockout sudah-pun bermula, dan kali ini pemain di bawa kepada tema hutan belantara. Melalui musim baharu ini mereka akan membawa 6 peringkat, kostum, mod dan juga pelbagai kostum termasuk juga yang berdasarkan beberapa watak popular.

6 peringkat baharu yang disertakan adalah Treetop Tumble, Stompin’ Ground, Lost Temple, Lily Leapers, Bubble Trouble dan Pegwin Pool Party. Sepanjang musim kelima, Fall Guys juga akan menerima pelbagai acara masa terhad, dan ia bermula dengan kolaborasi bersama dengan Sony Interactive Entertainment iaitu Ratchet & Clank.

Selain membawa kostum Ratchet dan juga Clank ke dalam permainan Fall Guys, mereka juga akan mempunyai acara masa terhad tersendiri. Acara masa terhad Ratchet akan bermula pada 26 Julai sehingga 1 Ogos, dengan menyelesaikan pelbagai cabaran pemain berpeluang untuk mendapatkan kosmetik berdasarkan Ratchet termasuk juga kostum. Acara masa terhad Clank pula akan bermula pada 6 Ogos sehingga 15 Ogos 2021.

Bagi pemain yang gemar bermain bersama rakan, Fall Guys juga akan menerima mod terhad iaitu Duos dan Trios Shows di mana semua peringkat yang dipilih adalah peringkat yang akan meletakkan pemain bersama rakan dalam satu pasukan.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC. Ia juga diumumkan untuk Nintendo Switch dan Xbox yang dijangka akan tiba lewat tahun ini. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Fall Guys: Ultimate Knockout.

Sohor Kini