Sedang Amerika Syarikat diserang zombi, di Jerman sekumpulan perompak kecil-kecilan diupah untuk menyahkod peti simpanan. Zombi dan rompakan kedengaran seakan tiada kaitan. Tetapi itulah yang Zack Snyder ingin sampaikan.

Filem zombi dengan konsep yang sedikit berlainan. Dalam usaha membina dunia Army-verse, Army of Thieves adalah sebahagian filem beliau dengan Netflix dalam perjanjian selama dua tahun.

Filem ini adalah prekuel kepada Army of the Dead. Ia adalah kisah bagaimana Ludwig Dieter, lakonan Matthias Schweighöfer yang juga adalah pengarah bagi filem ini – boleh jatuh cinta dengan peti simpanan Götterdämmerung.

Beliau dilihat diupah untuk menyahkod peti simpanan ini. Berdasarkan video acah, seakan tiada zombi di Jerman. Jadi masih tidak pasti lagi kenapa Ludwig dipilih untuk membuka peti simpanan ini. Beliau ditemani dengan Rolph dan Brad lakonan Guz Khan dan Stuart Martin.

Selain itu watak Gwendoline lakonan Nathalie Emmanuel dilihat mungkin adalah wirawati filem ini. Beliau adalah Interpol dan misi filem ini adalah memecahkan peti simpanan legenda di pelosok Eropah. Tarikh siaran masih belum diumumkan, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini