Selain berbangga melihat atlit-atlit Malaysia yang mewakili negara di persada Olimpik 2020, antara tarikan lain adalah pakaian yang dipakai oleh kontinjen Malaysia di acara pembukaan Olimpik 2020 yang sangat cantik. Ia adalah pakaian yang direka oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM Shah Alam, dan anda boleh baca lanjut mengenainya di Tajria.

Jika anda seperti saya sangat tertarik dengan rekaan pakaian tersebut, anda juga kini boleh memakainya di dalam permainan Animal Crossing: New Horizons. Rekaan tersebut telah dicipta oleh Kurosaki Kei iaitu seorang pemain Animal Crossing dari Malaysia.

Melalui perkongsian oleh laman Facebook acnhwithyou anda boleh dapatkan rekaan tersebut melalui kod di bawah;

  • Pakaian Lelaki: MO-210R-79LJ-HSVG
  • Pakaian Wanita: MO-Q6TQ-F1D0-KGY8
  • Bendera Malaysia: MO-3CV9-MQC9-M278

Hadirnya rekaan ini, anda kini boleh menyokong kontinjen Malaysia di Olimpik sambil melakukan tugasan harian di dalam Animal Crossing: New Horizons.

Sohor Kini