EA dan Zoink Games telah mengumumkan yang permainan seterusnya oleh pembangun Fe ini akan dilancarkan pada 10 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC melalui Origin dan Steam. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga berkongsi treler bentuk permainan.

Seperti dikongsi semasa treler penceritaan, Lost in Random akan mengikut watak Even yang cuba menyelamatkan kakaknya iaitu Odd yang diculik oleh Permaisuri untuk dunia World of Random. Even akan ditemani satu dadu yang akan membantu semasa pengembaraan ini.

Berdasarkan treler bentuk permainan di atas, Even boleh bertempur menggunakan lastik, selain itu Even juga akan mendapat pelbagai kad yang mempunyai kuasa dan juga kebolehan berbeza, kad ini boleh dibeli dari semasa ke semasa di dalam permainan.

Setiap pertempuran juga akan berlaku di atas permainan papan yang akan berubah berdasarkan jumlah balingan dadu yang dilakukan oleh Even. Dengan kata lain, ia akan berlaku secara rawak bergantung kepada nasib pemain.

Sohor Kini