EA dan Motive telah mengumumkan secara rasmi yang mereka sedang membangunkan permainan baharu berdasarkan siri Dead Space dan ia adalah permainan olahan semula untuk siri tersebut. Mereka mengumumkan yang permainan tersebut hanya dibangunkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Mereka mengatakan yang Dead Space baharu ini akan menyertakan bentuk permainan dan penceritaan yang lebih mendalam. Ia akan terus mengekalkan watak Isaac Clarke sebagai watak utama. Berdasarkan yang dikongsi oleh Jeff Grubb sebelum ini, ia akan mengambil inspirasi daripada permainan Resident Evil 2.

Dead Space merupakan permainan aksi seram yang dibangunkan oleh Visceral Games, permainan pertama dikeluarkan pada tahun 2008, dan selepas pelancaran Dead Space 3 yang menerima kritikan akibat model perniagaan yang digunakan. Selepas itu, Visceral diberikan pelbagai projek lain sehingga ia ditutup pada tahun 2017.

Motive sebelum ini membangunkan mod kempen untuk Star Wars: Battlefront II dan juga permainan Star Wars Squadrons. Buat masa ini, EA dan Motive masih tidak mengumumkan tarikh pelancaran untuk Dead Space baharu ini.

Sohor Kini