Panic Inc telah mengumumkan yang sesi pra-tempahan untuk konsol PlayDate akan bermula pada 29 Julai ini, mereka akan terus membuka sesi ini dan tidak akan “kehabisan stok”, namun mereka mengumumkan untuk pengeluaran pertama iaitu pada akhir tahun ini adalah terhad kepada 20 ribu unit sahaja.

Pra-tempahan seterusnya akan dikeluarkan secara berperingkat sepanjang tahun 2022, jumlah akan ditambah jika mempunyai permintaan yang tinggi. Setia pra-tempahan akan memerlukan pembayaran penuh, akan tetapi ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa untuk mendapat pembayaran balik secara penuh.

Buat masa ini penghantaran adalah terhad kepada beberapa negara seperti Amerika Syarikat, UK, Kanada, Australia dan Jerman.

Seperti diumumkan sebelum ini, konsol PlayDate dihasilkan di Malaysia, walaupun tidak tersenarai untuk negara yang akan menerima penghantaran, akan tetapi Panic Inc sedang mencari cara terbaik untuk menjual kepada pelanggan tempatan. Anda juga boleh mengisi borang ini untuk menyatakan minat anda.

PlayDate ditawarkan dengan harga $179 (~RM737) dan akan menyertakan 24 permainan yang akan disertakan secara berperingkat iaitu sepanjang 12 minggu selepas pelancaran untuk “musim pertama”.

Sohor Kini