Square Enix telah mengumumkan yang mereka akan memberi peluang kepada semua pemain di PlayStation 4, PlayStation 5, PC melalui Steam dan juga Stadia untuk mencuba permainan penuh Marvel’s Avengers buat sementara waktu. Tawaran ini akan bermula pada 29 Julai sehingga 1 Ogos 2021.

Pemain yang ingin mencubanya, perlu memuat turun sahaja Marvel’s Avengers semasa penawaran ini, dan jika ingin kemudian membelinya, pemain boleh menggunakan meneruskan sesi permainan menggunakan akaun serta kemajuan yang sama.

Manakala untuk pengguna Xbox One dan Xbox Series, Square Enix mengatakan yang mereka sedang mencari masa yang terbaik untuk melakukan penawaran yang sama di platform tersebut, yang membuatkan kami merasakan Marvel’s Avengers mungkin akan disertakan di dalam Xbox Game Pass.

Marvel’s Avengers sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.

Sohor Kini