Sony hari ini telah mengumumkan yang mereka menawarkan langganan Apple TV+ selama 6 bulan secara percuma kepada pemilik PlayStation 5. Ia boleh ditebus bermula hari ini sehingga 22 Julai 2022 untuk mendapatkan tawaran tersebut.

Cara untuk mendapatkannya adalah dengan memuat turun aplikasi Apple TV di PlayStation 5, dan log masuk menggunakan Apple ID, jika tidak memilikinya anda perlu menghasilkannya terlebih dahulu. Proses penebusan ini adalah terhad melalui konsol PlayStation 5 sahaja.

Jika anda merupakan pelanggan Apple TV+ tersedia, anda masih boleh mendapatkan tawaran ini, tetapi bukan untuk yang melanggan melalui Apple One.

Sohor Kini