Mihoyo telah mengumumkan Aloy iaitu watak utama daripada permainan Horizon Zero Dawn, akan disertakan sebagai watak di dalam Genshin Impact. Aloy akan menjadi watak 5-bintang dan boleh didapati secara percuma untuk masa terhad apabila versi 2.1 dikeluarkan kelak.

Aloy akan menjadi watak yang akan menggunakan panah, satu senjata yang sudah menjadi kebiasaan untuk dirinya dan akan mempunyai elemen Cryo.

Pemain di PlayStation akan mendapat watak ini terlebih dahulu melalui kemaskini 2.1 yang dijadualkan tiba pada bulan Oktober ini. Namun, selepas mendapatkannya di PlayStation pemain boleh menggunakan Aloy di mana-mana platform lain.

Jika tidak memiliki konsol PlayStation pemain di platform lain yang sudah mencapai Adventure Rank 20 akan mendapat Aloy secara percuma sebelum kemaskini 2.3 dilancarkan di jangka pada bulan November.

Genshin Impact baru sahaja melancarkan versi 2.0 mereka yang antaranya menyertakan fungsi rentas kemajuan di antara PlayStation 4, PlayStation 5 bersama dengan versi PC dan juga peranti pintar iOS serta Android.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini