Escape From Naraka Akan Menyokong Ray Tracing Dan Juga Nvidia DLSS

Xelo Games dan Nvidia minggu ini telah berkongsi yang permainan Escape from Naraka akan menyokong fungsi ray tracing dan juga DLSS. Fungsi ini akan disokong apabila menggunakan PC ataupun komputer riba yang mempunya kad grafik Geforce RTX.

Permainan Escape from Naraka merupakan permainan pengembaraan yang memfokuskan kepada platformer. Permain perlu melalui pelbagai halangan untuk melarikan diri daripada ‘Naraka’. Xelo Games bersama dengan penerbit Headup akan melancarkannya pada 29 Julai ini.

Buat masa ini, Espace from Naraka hanya diumumkan untuk PC dan ia akan ditawarkan melalui Steam, buat masa ini harga untuknya masih tidak disenaraikan.

Sohor Kini