Kali terakhir Nintendo menyertakan permainan klasik untuk tawaran Nintendo Switch Online adalah pada bulan Mei lepas, di mana ia menyertakan lima permainan. Bulan ini, Nintendo telah mengumumkan tiga permainan Super NES yang akan disertakan iaitu Claymates, Jelly Boy dan Bombuzal pada 28 Julai ini.

Nintendo pada awal pelancaran Nintendo Switch Online, telah membawa permainan baharu setiap bulan, akan tetapi kemudian mereka mengumumkan yang ia hanya akan tiba apabila mempunyai permainan terbaru. Kebiasaan ia akan tiba masa 2-3 bulan.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini