Microsoft telah berkongsi senarai permainan yang akan tiba untuk perkhidmatan Xbox Game Pass bagi akhir bulan ini, ia menyertakan pelbagai jenis permainan termasuk juga permainan baru dilancarkan seperti Cris Tales dan juga The Ascent. Microsoft Flight Simulator juga akhirnya akan tiba untuk konsol Xbox Series.

Berikut adalah permainan lain yang diumumkan menyertai Xbox Game Pass pada akhir bulan ini;

  • Cris Tales (Xbox, xCloud, PC) – Sudah Tiba
  • Atomicrops (Xbox, xCloud, PC) – 23 Julai
  • Raji: An Ancient Epic (Xbox, xCloud, PC) – 23 Julai
  • Last Stop (Xbox, xCloud, PC) – 23 Julai
  • Blinx: The Time Sweeper (Xbox, xCloud) – 27 Julai
  • Crimson Skies: High Road to Revenge (Xbox, xCloud) – 27 Julai
  • Microsoft Flight Simulator (Xbox Series) – 28 Julai
  • Lethal League Blaze (Xbox, xCloud, PC) – 30 Julai
  • Omno (Xbox, xCloud, PC) – 30 Julai
  • Project Wingman (PC) – 30 Julai
  • The Ascent (Xbox, xCloud, PC) – 30 Julai

Selain itu, mereka juga mengumumkan senarai permainan yang akan meninggalkan Xbox Game Pass pada 31 Julai;

  • It Lurks Below
  • The Touryst
  • UnderMine

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Bagi anda yang ingin mengetahui lanjut, ataupun ingin mengetahui cara untuk melanggan Xbox Games Pass for PC anda boleh membacanya di artikel – 5 Tip Penggunaan Xbox Game Pass for PC.

Sohor Kini