Permainan Gacha Tom Clancy’s Elite Squad Ditutup Oktober Ini

Ubisoft minggu ini telah mengumumkan yang kemaskini terakhir sudah dikeluarkan untuk permainan mudah alih Tom Clancy’s Elite Squad dan tidak akan menerima sebarang kandungan baharu selepas ini, dan pada 4 Oktober 2021, pelayan untuknya akan ditutup.

Mereka mengatakan selepas menilai pelbagai pilihan bersama dengan pembangun, mereka dapati yang ia tidak lagi berbaloi untuk meneruskan sokongan kepada permainan ini. Mereka juga berterima kasih kepada pemain yang terus memberi sokongan kepada permainan ini.

Tom Clancy’s Elite Squad dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas, ia merupakan permainan aksi RPG yang membolehkan pemain mengumpul pelbagai watak daripada siri-siri permainan Tom Clancy’s. Pengumuman ini hadir beberapa hari selepas Ubisoft mengumumkan permainan menembak percuma Tom Clancy’s XDefiant.

Sohor Kini