V4 Menyambut Ulang Tahun Pertama Dengan Pelbagai Acara Masa Terhad

Nexon telah mengumumkan bersempena dengan ulang tahun pertama untuk permainan MMORPG mereka iaitu V4 pelbagai acara masa terhad di dalam permainan akan dianjurkan yang akan menawarkan pelbagai ganjaran. Selain itu, mereka juga hadir dengan treler baharu untuk permainan tersebut.

Antara acara yang diumumkan adalah acara Global Merge di mana pelayan Tharsi 1 dan Tharsi 2 akan disertakan di Asia dan V4 Global akan bergabung dengan V4 Taiwan, Hong Kong dan Macau.

Bagi acara “Pengdro has Appeared” ia akan berlaku dalam masa sejam sahaja pada satu masa, dan akan berlaku tiga kali setiap hari Jumaat, setiap 8 jam di Tollan Lagoon Salt Crest Shoal bermula pada 21 Julai sehingga 13 Ogos.

Selain itu, semasa acara “Constellation Mission” yang akan berlangsung pada 21 Julai sehingga 13 Ogos, pemain akan berpeluang untuk mempertingkatkan constellation dan juga mendapat pelbagai ganjaran seperti “Epic Star Piece Chest” selepas menyelesaikan semua misi.

V4 sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android dan boleh dimuat turun secara percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini