Seperti yang diumumkan oleh CD Projekt Red pada bulan Mei lepas, penambahan terbaru untuk Gwent iaitu Price of Power akan dilancarkan dalam bentuk 3 set berbeza, set pertama iaitu Once Upon a Pyre sudah dilancarkan pada bulan lepas, dan kini mereka mengumumkan set kedua iaitu Thanedd Coup akan dilancarkan pada 3 Ogos 2021.

Thanedd Coup akan menyertakan 26 kad baharu iaitu 4 kad untuk setiap Faction dan 2 kad untuk Neutral. Apabila ia dilancarkan, kad ini boleh didapati melalui Ultimate, Faction, dan Neutral keg, akan tetapi keg khusus untuk penambahan ini hanya akan tiba pada bulan November.

Mereka juga menawarkan Price of Power – Expansion Pass dengan harga $59.99 (RM248), ia akan memberikan kesemua kad di dalam set penambahan ini, 18 avatars, Once Upon a Pyre Gameboard, hiasan kad dan juga kostum untuk leader.

Gwent: The Witcher Card Game sudah dikeluarkan untuk PC dan juga peranti pintar iOS serta Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini