eGG Network telah mengumumkan yang mereka akan menganjurkan acara terbaru untuk siri Creators Collision mereka dan kali ini akan membawa 8 pencipta kandungan tempatan Malaysia bersama dengan kumpulan mereka untuk bersaing menjadi tukang masak terbaik di dalam permainan Overcooked! All You Can Eat.

8 pencipta kandungan yang akan terlibat adalah Jaasuzuran, RanGer Gaming, Afiq Chii, Avenged TV, Faezz.co, JajaZuber, MamaJess dan D Entertainment bersama dengan kumpulan mereka yang anda boleh lihat di bawah.

Mereka akan bertanding untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM40 ribu dan jika anda berminat untuk tonton, ia akan distrim secara langsung pada 24-25 Julai ini melalui laman Facebook eGG Network: fb.com/eGGNetwork.

Sohor Kini