Konami akhirnya telah mengumumkan secara rasmi permainan terbaru untuk siri simulasi bola sepak mereka iaitu Pro Evolution Soccer. Ia bukanlah PES 2022 seperti yang dijangkakan akan tetapi mereka kini mengantikkan jenama tersebut kepada eFootball.

Selain daripada itu, ia juga akan menjadi permainan percuma untuk dimainkan dan akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Ia akan dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, PC, iOS dan Android. Pada masa hadapan ia juga akan menyokong fungsi rentas platform.

Berdasarkan laporan oleh IGN, eFootball akan dilancarkan dengan menyertakan mod Exhibition dan boleh menggunakan 9 kelab. Tambahan kandungan akan ditawarkan secara DLC di mana pemain boleh pilih kandungan apa yang diinginkan. Ia juga dikatakan akan turut menyertakan Battle Pass iaitu Match Passes.

Maklumat mengenai permainan ini masih tidak disahkan, namun mereka berkongsi perancangan kandungan yang akan ditambah dari semasa ke semasa untuk permainan ini. Konami akan melakukan perkongsian lanjut mengenainya pada akhir Ogos mungkin termasuk juga tarikh pelancaran.

Sohor Kini