Laman rasmi untuk PlayStation 5 di Jepun telah hadir dengan satu manual produk untuk konsol tersebut (dilaporkan oleh VGC), menariknya bagi PlayStation 5 Digital Edition ia memperlihatkan model nombor baharu iaitu CFI-1100B berbanding CFI-1000B semasa dilancarkan.

Di dalam manual tersebut, turut dikatakan yang berat untuknya adalah 3.6kg berbanding 3.9kg sebelum ini, selain daripada itu tiada perubahan lain yang dikongsikan. Oleh itu, tidak pasti apa perubahan yang dilakukan untuk memberi berat yang ringan.

Pada awal bulan ini, Lowyat telah melaporkan yang terdapat pendaftaran baharu untuk konsol PlayStation 5 di dalam SIRIM, dan ia adalah untuk model Digital Edition. Besar berkemungkinan ia adalah untuk model baharu ini. Jika benar, penawaran PlayStation 5 seterusnya akan memberikan model ini.

Ini adalah kemaskini kecil sahaja, Sony sebelum ini dilaporkan akan hadir dengan model baharu untuk PlayStation 5 pada suku kedua ataupun suku ketiga tahun 2022.

Sohor Kini