Modus Games akhrinya telah melancarkan Cris Tales iaitu permainan yang mengambil inspirasi daripada siri permainan JRPG klasik tetapi menyertakan pelbagai elemen baharu. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga berkongsi treler pelancaran yang serba sedikit berkongsi mengenai penceritaan yang akan disertakan di dalam permainan ini.

Seperkara yang menarik mengenai permainan ini, ia berkait dengan masa lepas di mana setiap pilihan yang dilakukan oleh pemain pada masa lepas, akan memberi kesan kepada penceritaan terkini. Pemain boleh melakukan pelbagai pilihan untuk mendapat pengakhiran berbeza.

Cris Tales juga ditawarkan sebagai sebahagian Xbox Game Pass untuk bulan ini, jika anda pelanggan anda boleh terus bermainnya.

Sohor Kini