Steam Next Fest Seterusnya Akan Dianjurkan Pada Bulan Oktober Ini

Valve hari ini telah mengumumkan yang acara Steam Next Fest seterusnya oleh mereka akan dianjurkan pada 1 Oktober sehingga 7 Oktober tahun ini. Seperti biasa ia akan menawarkan sebilangan demo permainan untuk dicuba termasuk juga permainan yang sedang dibangunkan.

Selain itu, Valve juga mengatakan akan terdapat penstriman langsung oleh pencipta kandungan yang akan bermain demo-demo tersebut dan juga temubual bersama dengan pembangun untuk berkongsi lanjut mengenai permainan mereka.

Bagi pembangun yang berminat untuk menyertai acara ini, pendaftaran kini dibuka sehingga 15 Ogos di mana anda boleh lakukannya melalui pautan ini.

Acara Steam Next Fest terakhir dianjurkan pada bulan lepas, dan anda boleh baca 10 Permainan Anda Harus Cuba Ketika Acara Steam Next Fest dan boleh cuba beberapa permainan yang masih menawarkan demo secara percuma.

Sohor Kini