Bermula hari ini, Blizzard telah menganjurkan acara masa terhad untuk Overwatch iaitu Summer Game 2021 yang seperti biasa akan menawarkan pelbagai ganjaran dengan sekadar bermain. Pemain perlu bermain 9, 18 dan 27 sesi permainan untuk mendapat ganjaran. Menang akan dikira sebagai 2 sesi permainan.

Selain itu ia juga akan menyertakan beberapa barangan kosmetik baharu iaitu;

  • Kostum Legendary
    • Sprinkles Mei
    • Mermaid Symmetra
    • Poolside Ashe
    • Scuba Sigma
    • Referee Orisa
  • Kostum Epic
    • Minggu 1: Ocean King Winston
    • Minggu 2: Sunset Pharah
    • Minggu 3: Nihon Hanzo

Acara ini akan berlangsung sehingga 11 Ogos, pemain juga boleh log masuk setiap hari untuk mendapat kostum-kostum baharu.

Overwatch sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga boleh dimainkan di PS5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang dan menyokong fungsi rentas platform.

Sohor Kini