Nexon telah mengumumkan yang mereka bakal menganjurkan satu lagi kejohanan esukan untuk permainan mudah alih mereka Kartrider Rush+. Kejohanan Race Master SEA 2021: Blazing Track ini adalah terbuka kepada pemain dari Thailan, Indonesia, Filipina, Singapura dan juga Malaysia.

Pendaftaran kini dibuka sehingga 28 Julai 2021 dan kejohanan akan berlangsung pada 3 Ogos sehingga 20 Ogos untuk pemain merebut hadiah terkumpul $2300 dan juga pelbagai barangan di dalam permainan. Jika berminat anda boleh lakukan pendaftaran melalui pautan ini.

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua di mana mereka mencari 512 pelumba di mana mereka akan bersaing di dalam mod permainan Speed Solo. Berikut adalah pembahagian hadiah untuk pemenang;

  • Tempat Pertama: $500 dan Badge, Title serta Balloon
  • Tempat Kedua: $367 dan Balloon
  • Tempat Ketiga: $267 dan Balloon
  • Tempat Keempat: $200 dan Balloon

KartRider Rush+ sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini