Apabila bercakap mengenai malam anugerah filem indie, mereka yang mengikuti perkembangan industri tersebut biasanya akan bercakap mengenai Cannes atau Sundance dan sebagainya. Epic, pembangun disebalik permainan penembak Fortnite telah mengadakan sesi tontonan filem animasi indie dalam permainan Fortnite yang dinamakan Short Nite pada awal tahun ini.

Dalam sebuah ciapan oleh akaun Twitter Fortnite, Epic nampaknya akan mengadakan sesi tontonan Short Nite kedua dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Seperti sesi pertama mereka pada awal tahun ini, filem-filem animasi ini akan dipertontonkan dari dalam permainan Fortnite didalam mode Party Royale.

Sesi tayangan Short Nite 2 ini dijangka akan distrim selama 40 minit, yang mana mereka yang terlepas tayangan pertamanya masih boleh melihat siri-siri animasi pendek ini sehingga 25 Julai kelak dari dalam mod permainan sama yang diperkatakan.

Tiada butiran tentang pembangun-pembangun animasi yang akan distrim diperlihatkan setakat ini, tetapi Fortnite juga akan menawarkan kostum percuma Gildedguy sepanjang acara Short Nite 2 ini.

Sohor Kini