Krafton Umum Projek Animasi Berasaskan IP PUBG

Krafton, syarikat disebalik permainan popular seperti PUBG, kini telah mengumumkan mereka telah memetarai kerjasama dengan Adi Shankar dalam membangunkan sebuah projek animasi berasaskan kepada IP PUBG.

Adi Shankar sebelum ini telah menghasilkan siri Netflix popular, Castlevania.

Melalui projek animasi ini, Krafton menyasarkan untuk membawa dunia PUBG setapak lagi kehadapan melalui projek animasi ini.

Pihak Krafton sendiri telah mempelbagaikan IP perniagaan mereka, dan telah hadir dengan siri aksi pendek sebelum ini, dan juga sebuah dokumentari khas.

Selain projek animasi ini, Krafton turut telah mengumumkan perancangan dalam membangunkan permainan berkenaan kepada sebuah novel fantasi – dan mungkin mengubahnya kepada bentuk siri-TV atau drama.

PUBG mempunyai lebih 55 juta pemain aktif setiap hari pada pelbagai platform, menjadikan ia salah satu permainan yang popular di dunia pada hari ini.

Sohor Kini