Sepanjang tahun ini, para pengguna dan peminat konsol Nintendo Switch menunggu pengumuman tentang penaiktarafan kepada konsol baru yang dikatakan akan dinamakan Nintendo Switch Pro yang dikatakan akan merapatkan jurang prestasi dan grafik diantara Nintendo dan syarikat-syarikat seperti Sony dan Microsoft.

Dua minggu lepas, Nintendo dilihat memperkenalkan sebuah model Nintendo Switch baru, yang dinamakan Nintendo Switch Model OLED, iaitu sebuah Nintendo Switch Enhanced Edition yang hadir dengan skrin OLED 7 inci, penawaran storan dalaman yang lebih besar dan rekaan kaki belakang yang seakan Microsoft Surface Pro.

Switch OLED

Selain daripada itu, komponen dan prestasi Nintendo Switch Model OLED ini adalah sama seperti Enhanced Edition yang diperkenalkan pada awal tahun lepas. Ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya sama ada Nintendo akan memperkenalkan sebuah model yang lebih berkuasa seperti apa yang dijangkakan.

Reuters baru-baru ini mengesahkan bahawa Nintendo Switch Model OLED ini ialah satu-satunya kemaskini kepada konsol Switch yang akan dilakukan pada tahun ini, dan mereka tidak akan melancarkan sebarang model yang lebih berkuasa dalam masa yang terdekat ini.

Ini selepas Valve memperkenalkan konsol mereka sendiri yang dinamakan Steam Deck yang hadir dengan rekaan yang menyerupai Nintendo Switch, tetapi dimuatkan dengan komponen-komponen berkuasa seperti CPU AMD Zen 2, cip grafik RDNA2, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan sehingga 512GB.

Ini bukanlah langkah yang aneh oleh Nintendo. Konsol-konsol mereka secara lazimnya dilihat hadir dengan kebolehan grafik yang mencukupi untuk konsol menggerakkan permainan-permainan yang ingin dibangunkan mereka, dan tidak terlalu mengejar kemampuan resolusi dan juga prestasi yang tinggi.

Walaupun kemampuan seperti menggerakkan permainan pada resolusi 4K dan kadar segar semula tinggi pad tetapan grafik yang cantik adalah sesuatu yang kami pasti diingini oleh ramai peminat Nintendo, syarikat pembuat permainan dari Jepun tersebut boleh dikatakan masih tidak merasakan bahawa ia penting untuk menikmati permainan-permainan mereka.

Sumber: Reuters

Sohor Kini