PUBG Mobile telah mengumumkan kerjasama bersama dengan Gamers without Borders penganjuran PUBG Mobile World Invitational (PMWI) yang akan memperlihatkan 32 pasukan bertanding untuk memenangi hadiah $3 juta yang akan disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan mereka.

Kejohanan ini akan melibatkan 32 pasukan yang akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu PMWI Timur dan PMWI Barat, hadiah akan dibahagikan kepada $1.5 juta untuk setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan bertempur sebanyak 20 pusingan yang akan menggunakan tiga peta iaitu Erangel, Sanhok dan Miramar.

PMWI akan bermula pada 22 Julai sehingga 25 Julai dan anda boleh tonton-nya secara langsung melalui Youtube, Facebook dan Twitch rasmi untuk PUBG Mobile.

Berikut adalah pasukan-pasukan yang akan terlibat untuk setiap kumpulan, di mana Malaysia akan diwakili oleh Geek Fam untuk kumpulan PMWI Timur.

PUBG Mobile sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini