Garena telah mengumumkan acara kolaborasi bersama permainan battle royale mereka iaitu Free Fire dengan pengeluar kereta terkenal iaitu McLaren kini bermula. Sepanjang acara ini, lobi permainan akan diubah dengan rekaan berdasarkan McLaren termasuk juga menyertakan garaj untuk kereta.

Selain beberapa peralatan juga akan diubah kepada warna McLaren seperti kapal terbang, dan airdrops. Pemain juga boleh meletakkan McLaren Fuel Station di Spawn Island untuk berpeluang mendapatkan Gold dan Diamons bersama dengan pelbagai ganjaran lain.

Bermula pada 23 Julai, mereka juga menyertakan mod baharu iaitu Race to Ace, di mana pemain perlu menyelesaikan beberapa lap di litar untuk mendapatkan ganjaran, pemain perlu menyelesaikan 5 lap untuk mendapatkan hadiah utama iaitu kostum khas.

Free Fire telah dilancarkan untuk iOS dan Android, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi. Garena juga telah mengumumkan sebelum ini yang permainan ini telah mencapai 1 bilion muat turun di Play Store.

Sohor Kini