Digital Extremes telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan fungsi rentas platform dan juga rentas kemajuan di semua platform Warframe dikeluarkan. Mereka juga mengatakan yang ini adalah termasuk untuk versi permainan mudah alih, mengesahkan yang ia juga sedang dibangunkan.

Melalui fungsi rentas platform, pemain boleh bermain dengan rakan yang bermain di platform lain, manakala fungsi rentas kemajuan akan membolehkan pemain bermain Warframe di platform-platform berlainan menggunakan akaun yang sama.

Oleh itu, Digital Extremes juga mengatakan yang sebarang penambahan untuk Warframe bermula dengan The New War yang akan tiba sekitar tahun ini akan dikeluarkan secara serentak di kesemua platform. Kebiasaan, PC menerima terlebih dahulu sebelum konsol.

Bagi Warframe Mobile, ia sedang dibangunkan dan Digital Extremes telah memperlihatkan bagaimana ia dimainkan ketika TennoCon 2021. Ia adalah versi yang sama untuk Warframe oleh itu, fungsi rentas platform dan rentas kemajuan juga melibatkan versi mudah alih ini.

Warframe sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini