2K Games telah melancarkan satu permainan yang tidak pernah diumumkan sebelum ini iaitu XCOM Legends secara aksel awal untuk Android. Ia dibangunkan oleh Iridium Starfish dan ia berkemungkinan studio dalaman oleh 2K Games dan ini adalah permainan pertama mereka.

XCOM Legends adalah permainan RPG secara skuad iaitu 5 lawan 5, pemain boleh mengumpul pelbagai watak, berkemungkinan berdasarkan watak-watak daripada siri permainan XCOM dan juga watak rekaan khusus untuk permainan ini.

Ia juga menyertakan beberapa elemen daripada permainan XCOM seperti melakukan kajian untuk mempertingkatkan kebolehan, menggunakan pelbagai jenis senjata yang berbeza dan juga meningkatkan tahap mana-mana watak. XCOM Legends boleh dimuat turun melalui Play Store secara percuma.

Sohor Kini