Play Interactive merupakan antara pengedar rasmi untuk pelbagai penerbit permainan video di Asia Tenggara, dan hari ini mereka telah mengumumkan pelancaran “Play Game Development Co-Investment Fund” iaitu satu dana untuk membantu pembangun permainan video di Malaysia.
Mereka menyediakan RM1 juta secara keseluruhan di mana setiap projek yang terpilih akan menerima sehingga RM100 ribu dana, sebagai syarat untuk menerimanya, Play Interactive akan menerima hak penerbitan untuk permainan tersebut secara global dan permainan tersebut juga mesti disiapkan dalam masa 2 tahun selepas penerimaan dana.
Buat masa ini, dana ini hanya terbuka kepada permainan video untuk konsol, PC dan juga peranti pintar, selain itu permainan yang ingin dibawa ke platform tambahan juga boleh memohon. Jika berminat anda boleh memohon melalui laman https://www.playinteractive.asia/playgamefund/ dan ia boleh dilakukan sehingga 31 Ogos 2021.