Seperti diumumkan pada minggu lepas, bagi tawaran permainan percuma mingguan, Epic Games Store telah menawarkan dua permainan untuk minggu ini – ia adalah Obduction dan juga Offworld Trading Company yang ditawarkan bermula Khamis lepas sehingga 22 Julai 2021.

Obduction merupakan permainan pengembaraan first person yang memfokuskan kepada tekaria. DI dalam permainan ini, pemain telah diculik oleh makhluk asing dan perlu berusaha untuk menyelamatkan diri dan kembali ke bumi daripada satu tempat yang misteri. Ia dibangunkan oleh Cyan dan telah dikeluarkan sejak tahun 2016.

Dapatkan: Obduction

Offworld Trading Company merupakan permainan strategi masa nyata yang memfokuskan kepada pembinaan kawasan di planet-planet lain di angkasa lepas. Ia dibangunkan oleh Mohawk Game dan diterbitkan oleh Stardock sejak tahun 2016. Ia merupakan permainan yang dicipat oleh Soren Johnson iaitu pereka utama Civilization IV.

Dapatkan: Offworld Trading Company

Selepas tawaran ini berakhir iaitu pada 22 Julai kelak, dua permainan lain pula akan ditawarkan. Ia adalah Defense Grid: The Awakening dan Verdun yang akan ditawarkan sehingga 29 Julai 2021.

Sohor Kini