Pada bulan Jun lepas, Shonen Jump telah mengumumkan yang manga Jujutsu Kaisen akan dihentikan buat sementara waktu untuk memberi peluang kepada pencipta Gege Akutami untuk berehat akibat masalah kesihatan. Pada awalnya Akutami ingin meneruskan manga tersebut akan tetapi telah dinasihatkan untuk berehat beberapa bulan.

Minggu ini, Shonen Jump telah mengumumkan yang bab baharu untuk Jujutsu Kaisen kembali tiba bermula pada Weekly Shonen Jump no. 35 yang akan dikeluarkan pada 2 Ogos ini di Jepun.

Bab terakhir Jujutsu Kaisen sebelum dihentikan buat sementara waktu adalah pada Weekly Shonen Jump no.28, dengan kata lain Gege Akutami telah berehat selama 6 minggu sebelum kembali pada bulan depan.

Jujutsu Kaisen telah menjadi manga seterusnya oleh Shonen Jump yang telah mendapat sambutan meluas secara global, siri anime untuknya telah mendapat sambutan yang baik termasuk juga memenangi Anugerah Anime Terbaik ketika The Anime Awards oleh Crunchyroll.

Sohor Kini