Selain mengumumkan yang mereka akan menunda Rainbow Six Extraction, Ubisoft juga telah mengumumkan yang Riders Republic akan menerima nasib yang sama, berbanding dikeluarkan pada bulan September ini, Ubisoft telah mengumumkan yang ia hanya akan dilancarkan pada 28 Oktober 2021.

Ini merupakan kali kedua permainan ini ditunda, di mana ia sepatutnya dikeluarkan pada Februari tahun ini, sebelum ditunda ke September dan kini ke Oktober. Sekurang-kurangnya ia masih akan dilancarkan pada tahun ini, jika tidak tertunda sekali lagi.

Seperti biasa, mereka sekadar mengatakan memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan permainan dilancarkan sebaik yang mungkin.

Riders Republic diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC (Uplay, Epic Games Store). Versi PS4 dan Xbox One akan menerima naik taraf percuma.

Sohor Kini