Ubisoft ketika Ubisoft Forward telah mengumumkan yang Rainbow Six Extraction akan dilancarkan pada 16 September tahun ini, akan tetapi pada minggu ini mereka telah mengumumkan yang terpaksa menunda permainan tersebut dan hanya akan tiba pada Januari tahun hadapan.

Mereka sekadar mengatakan yang memerlukan lebih banyak masa untuk memberi pengalaman permainan yang terbaik semasa ia dilancarkan. Maklumat lanjut mengenai permainan tersebut juga akan dikongsi tidak lam lagi.

Rainbow Six Extraction adalah permainan koperasi 1 hingga 3 pemain melawan musuh, berbeza dengan Rainbow Six Siege, permainan ini akan memfokuskan untuk pemain bekerjasama melawan penjahat yang digelar sebagai Arcahes. Bagi pemain Rainbow Six Siege, beberapa operator dan juga pelbagai gajet yang digunakan dalam permainan ini adalah sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan.

Rainbow Six Extraction diumumkan akan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Sohor Kini