Garena telah mengumumkan yang permainan battle royale mudah alih mereka iaitu Free Fire telah dimuat turun sebanyak 1 bilion kali. Menjadikan ia adalah permainan battle royale mudah alih pertama yang mencapai jumlah tersebut dan menyertai jumlah kecil permainan yang mencapai 1 bilion muat turun.

Mereka juga telah mengatakan yang pencapaian ini tidak akan boleh dilakukan tanpa sokongan daripada pemain. Garena juga mengatakan yang mereka akan menganjurkan acara khas pada bulan depan bersempena dengan ulang tahun ke-4 bagi permainan tersebut.

Bagi peminat di Malaysia, Garena akan menganjurkan Free Fire All Stars iaitu kejohanan yang akan melibatkan pencipta kandungan dan juga pempengaruh seperti AshedZ, SpiderGunz, Abiyek dan Obvy. Ia akan berlangsung bermula pada 23 Julai sehingga 25 Julai.

Garena Free Fire sudah dilancarkan untuk iOS dan Android, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini