Square Enix telah mengumumkan yang mereka akan sekali lagi membawa siri Bravely Default ke peranti pintar melalui Bravely Default: Brilliant Lights yang sedang dibangunkan untuk iOS dan juga Android. Ia adalah permainan percuma dan akan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Buat masa ini maklumat lanjut mengenai permainan ini masih tidak dikongsi, akan tetapi ia akan menyertakan sistem pertempuran “Brave & Default” yang akan diringkaskan untuk peranti pintar. Ia juga akan menyertakan kandungan daripada permainan tersebut yang dikeluarkan untuk Nintendo 3DS dan Nintendo Switch.

Buat masa ini, ia juga hanya diumumkan untuk pasaran Jepun tanpa pengesahan jika ia akan dikeluarkan secara global. Sebarang maklumat lanjut, kami akan kongsi kan apabila ia diumumkan.

Sohor Kini