Resident Evil Re:Verse merupakan mod multi-pemain yang sepatutnya dilancarkan bersama dengan Resident Evil: Village sepertimana Resident Evil Resistance dilancarkan bersama dengan dengan Resident Evil 3. Namun, ia telah ditunda ke bulan Julai.

Minggu ini, Capcom telah mengumumkan yang mereka menunda permainan tersebut sekali lagi dan ia adalah lebih lama iaitu hanya akan tiba pada tahun 2022. Capcom mengatakan yang mereka memerlukan lebih banyak masa untuk memastikan permainan dilancarkan dengan baik.

Ia merupakan permainan mutli-pemain yang akan menggunakan mod Deathmatch, selepas terbunuh pemain akan menjadi zombi untuk memberi peluang sekali lagi untuk bertempur.

Ini merupakan satu lagi permainan yang ditunda dalam minggu ini, ia juga melibatkan studio dari Jepun. Sebelum ini, permainan Ghostwire: Tokyo juga telah ditunda ke tahun depan, begitu juga dengan musim kedua untuk siri anime The Rising of the Shield Hero.

Sohor Kini