Pada tahun 2018, Capcom telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan filem animasi berdasarkan siri Monster Hunter iaitu Monster Hunter: Legends of the Guild. Namun, selepas pengumuman tersebut, tidak banyak informasi lanjut yang dikongsi.

Sehinggalah hari ini apabila Netflix telah mengumumkan yang filem tersebut akan disiarkan di Netflix pada 12 Ogos ini, termasuk juga di Malaysia.

Monster Hunter: Legends of the Guild akan memfokuskan kepada watak bernama Aiden yang memulakan pengembaraan bersama dengan seorang Hunter berpengalaman iaitu Julius, selepas mendapat tahu yang kampungnya diancam oleh Elder Dragon.

Filem animasi ini dihasilkan oleh Pure Imagination Studios yang mana mereka sering terlibat dengan pelbagai siri animasi LEGO dan juga pengiklanan beranimasi.

Sohor Kini