Rockstar Games telah mengumumkan yang kandungan baharu untuk GTA Online iaitu Los Santos Tuners akan dilancarkan pada 20 Julai ini. Selain menyertakan pelbagai misi, perlumbaan serta kereta baharu, ia juga akan menyertakan LS Car Meet iaitu kawasan sosial untuk peminat kereta ubahsuai boleh berkumpul.

LS Car Meet adalah tempat baharu untuk pemain berkumpul, dan kali ini pemain boleh memperlihatkan kenderaan mereka ataupun melihat kenderaan pemain lain. Tempat berkumpul ini boleh dijumpai di Cypress Flats, ia juga akan menyertakan Test Track di mana pemain boleh memandu, berlumba tanpa sebarang masalah.

Ia juga mempunyai ahli kelab LS Car Meet yang akan menyertakan pelbagai kelebihan dengan bayaran pendaftaran GTA$50 ribu. Antara kelebihan adalah pemain boleh melakukan cabaran Prize Ride untuk mendapat pelbagai ganjaran. Pemain juga boleh mendapat akses kepada kedai istimewa seperti Merch Shop, Tattoo Shop dan juga Modding Area. Pemain yang mempunyai tahap yang mencukupi juga boleh melakukan Private Takeover untuk menghasilkan kawasan sendiri.

Lost Santos Tuners juga akan memperkenalkan pelbagai jenis perlumbaan baharu di dalam LS Car Meet ataupun di-jalanan. Di Test Tract, antara perlumbaan yang disertakan adalah Head to Head, Scamble dan juga Time Trials. Manakala di jalanan terdapat Street Race Series dan Pursuit Series.

Pemain juga boleh dapatkan sebilangan kereta baharu iaitu secara keseluruhan sebanyak 17 model dan 10 model akan disertakan pada 20 Julai ini. Antara yang disertakan adalah Karin Calico GTF, Karin Futo GTX, Annies Euros, Vapid Dominator GTT dan Dinka GT3000.

GTA Online sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dan disertakan bersama dengan GTA V. Ia juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series secara berasingan tidak lama lagi.

Sohor Kini