Ubisoft hari ini telah mengumumkan yang melalui For Honor Tahun 5 Musim 2 – Kemaskini 2.0 yang akan dilancarkan pada 22 Julai, mereka akan memperkenalkan satu watak baharu iaitu Kyoshin yang merupakan seorang samurai dan menggunakan pedang. Treler untuknya boleh ditonton di bawah.

Pemain boleh dapatkan Kyoshin melalui gendung rasmi Ubisoft bermula pada 22 Julai untuk mendapatkan watak tersebut, Ornament, kostum Elite, Champion Status selama 7 hari dan tiga scavenger crate. Bermula 5 Ogos, pemain juga boleh menebus Kyoshin menggunakan 15 ribu Steel.

Selain itu, Ubisoft juga mengumumkan yang bermula hari ini sehingga 19 Julai, pemain boleh mencuba For Honor secara percuma di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Pemain boleh mengakses kesemua kandungan yang disertakan di dalam Standard Edition. Anda boleh layari forhonorgame.com/free_weekend_0721 untuk maklumat lanjut.

Jika pemain ingin membeli secara terus, ia juga ditawarkan dengan potongan harga, iaitu sehingga 85% di PC.

Sohor Kini