Entertainment Weekly (EW) telah melaporkan yang Christopher Judge iaitu pelakon suara untuk Kratos bagi permainan God of War yang dikeluarkan pada tahun 2018, akan melakonkan suara untuk watak Black Panther ataupun Raja T’Challa di dalam penambahan the War for Wakanda untuk Marvel’s Avengers oleh Square Enix.

Di dalam temubual bersama EW, pada awalnya Judge telah menolak tawaran oleh Square Enix tersebut kerana baginya tiada yang harus menjadi Black Panther baharu selepas Chadwick Boseman, namun telah menerimanya selepas mendapat dorongan daripada keluarga.

Menurut Square Enix, Raja T’Challa di dalam permainan ini sudah lama menjadi raja dan juga Black Panther dengan kata lain dia mempunyai pengalaman yang lebih berbanding T’Challa di dalam filem MCU yang masih tidak pasti dengan pemerintahannya.

Penambahan Black Panther War for Wakanda akan dilancarkan pada bulan Ogos ini untuk Marvel’s Avengers yang sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC. Anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Marvel’s Avengers – Berpotensi Tetapi Mengecewakan.

Sohor Kini