Syberia I & II Ditawarkan Percuma Di GOG Sehingga 18 Julai

GOG bermula hari ini telah menawarkan dua permainan dalam satu secara percuma iaitu Syberia dan juga Syberia II sehingga 18 Julai 2021, untuk mendapatkan tawaran ini, anda hanya perlu bersetuju untuk menerima emel promosi daripada GOG dan jika anda sudah membenarkannya sebelum ini, ia boleh ditebus secara terus melalui pautan ini.

Syberia merupakan permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Microids. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2002, dan mengikut penceritaan mengenai Kate Walker yang perlu menyiasat kejadian misteri di Valadilene. Pemain perlu melalui pelbagai kawasan dan menyelesaikan pelbagai tekaria. Manakala Syberia II adalah permainan susulan yang dikeluarkan pada tahun 2004.

Syberia juga mempunyai permainan ketiga yang dilancarkan pada tahun 2017 dan permainan keempat iaitu Syberia: The World Before sedang dibangunkan.

Sohor Kini