PUBG Mobile National Championship (PMNC) yang sudah bermula sejak 1 Jun lepas akhirnya telah mencapai tahap kemuncak dengan peringkat akhir akan berlangsung pada 16 hingga 18 Julai ini untuk merebut hadiah terkumpul RM90 ribu dan juga 4 slot ke kejohanan PUBG Mobile Professional League MY/SG Musim 4.

Peringkat akhir ini akan melibatkan 16 pasukan seperti berikut;

  • NSEA
  • Astra X
  • ENVY FAORA
  • TODAK
  • GRITG Ares
  • NRL Eliminated
  • FarangLejund
  • YSX Esport (X)
  • VXM SLUMBER
  • Yoodo GANK
  • Team Bosskurr
  • The Gringos Esport
  • Solo Erangel
  • Solo Miramar
  • Solo Karakin
  • Solo Sanhok

Pasukan Solo adalah terdiri daripada pemain-pemain yang mendaftar secara solo semasa pusingan kelayakan dan membentuk pasukan mengikut zon masing-masing untuk peringkat akhir ini. Seperti diumumkan sebelum ini, selain peringkat akhir PMNC, peringkat akhir untuk kategori wanita juga akan dipertandingkan pada hari yang sama di mana 16 pasukan akan merebut hadiah terkumpul RM10 ribu.

Empat pasukan terbaik PMNC akan melayakkan diri ke PMPL MY/SG Musim 4, manakala pasukan di tempat kelima sehingga kesepuluh masih berpeluang untuk melayakkan diri melalui pusingan kelayakan sebagai pasukan Wild Card di mana empat slot akan ditawarkan.

Kejohanan akhir PMNC akan disiarkan secara langsung bermula pada 16 hingga 18 Julai ini melalui laman Facebook dan juga Youtube rasmi PUBG Mobile Malaysia.

Sohor Kini