Passion Republic Games telah mengumumkan yang permainan brawler mereka iaitu GigaBash akan dilancarkan pada awal tahun 2022 untuk PlayStation 4 dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang.

GigaBash merupakan permainan brawler di mana pemain akan menggunakan pelbagai pilihan raksasa ataupun Kaiju yang setiap-nya mempunyai kebolehan serta kemahiran tersendiri. Pada 2 tahun lepas, kami berkesempatan untuk mencubanya anda anda boleh baca pandang pertama kami di pautan ini; GigaBash – Permainan Brawler Tempatan Yang Berpotensi.

Selain itu mereka juga berkongsi watak baharu yang akan disertakan di dalam permainan ini iaitu Rohanna iaitu raksasa berbentuk bunga yang merupakan dari keluarga diraja di pulau Tarabak. Dia mempunyai kebolehan berdasarkan alam sekitar.

GigaBash buat masa ini masih tidak mempunyai harga, akan tetapi ia sudah disenaraikan di Steam dan juga Epic Games Store dan boleh diletakkan di senarai hajat. Passion Republic Games merupakan pembangun dari Malaysia, mereka adalah studio di bawah Passion Republic yang banyak terlibat dengan permainan pihak ketiga seperti Spider-Man Remastered dan Demon’s Souls.

Sohor Kini