Garena telah mengumumkan yang acara Free Fire All Stars (FFAS) untuk tahun ini akan dianjurkan di tiga benua iaitu Amerika, Asia serta Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Ia akan berlangsung sepanjang bulan Julai sehingga Ogos. Bagi FFAS di Asia, ia akan berlangsung pada 23 Julai sehingga 25 Julai 2021.

FFAS merupakan acara yang akan memperlihatkan pencipta kandungan dan juga pempengaruh untuk bermain Free Fire melawan dengan pemain-pemain profesional. Berikut adalah antara personaliti yang akan terlibat untuk acara ini mengikut negara;

  • Malaysia
    • AshedZ
    • SpiderGunz
    • Abiyek
    • Obvy
  • Filipina
    • Makisig Gaming
  • Kemboja
    • Manich Gaming

Acara ini akan dianjurkan sepenuhnya secara dalam talian, dan boleh ditonton secara lansung melalui Facebook, Youtube dan juga TikTok. Berikut adalah apa yang boleh dijangkakan untuk setiap hari pengajuran;

  • Hari 1 (23 Julai) – 8 pasukan akan bertempur menggunakan mod Bomb Squad di dalam format penyingkiran tunggal. Pasukan terbaik selepas 3 pusingan akan layak ke pusingan suku akhir, diikuti dengan separuh akhir dan akhir akan ditentukan melalui pasukan terbaik daripada 5 pusingan.
  • Hari 2 (24 Julai) – Seperti Hari 1 tetapi kali ini akan menggunakan mod Clash Squad
  • Hari 3 (25 Julai) – 12 pasukan akan bertempur menggunakan mod Battle Royale yang akan melibatkan tiga peta berbeza, di mana mereka akan bermain dua kali di setiap peta.

Juara untuk setiap hari akan membawa pulang hadiah tunai $10 ribu bersama dengan gelaran juara untuk FFAS Asia Bomb Squad, Clash Squad ataupun Battle Royale.

Garena Free Fire sudah dilancarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini