2K Games dan Visual Concept telah mengumumkan yang NBA 2K22 akan dilancarkan pada 10 September 2021 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Mereka juga telah memperlihatkan yang Luka Doncic iaitu pemain untuk Dallas Maverics akan menjadi atlit yang menghiasi muka depan permainan ini.

Seperti NBA 2K21 dan juga FIFA 22, naik taraf untuk versi PS4 ke PS5 ataupun versi Xbox One ke Xbox Series akan ditawarkan secara berasingan melalui berkas NBA 2K22 Cross Gen ataupun edisi NBA 75th Anniversary. Berikut adalah senarai harga untuk setiap edisi;

  • Edisi Biasa: RM259 (PS4), RM305 (PS5), RM189 (Steam), $59.99 (Xbox One), $69.99 (Xbox Series)
  • Cross-Gen: RM350 (PS4 – PS5), $79.99 (Xbox One – Xbox Series)
  • 75 Anniversary Edition: RM430 (PS4 – PS5), RM319 (Steam), $99.99 (Xbox – Xbox Series)

2K Games telah mengatakan yang fungsi rentas platform tidak akan disertakan, termasuk di keluarga konsol yang sama, akan tetapi ia menyertakan rentas kemajuan untuk MyTeam di mana pemain boleh menggunakan akaun yang sama untuk bermain di PS4 dan PS5 serta Xbox One dan Xbox Series.

Sohor Kini