Company of Heroes merupakan seri strategi masa nyata perang yang sangat popular, namun selepas Company of Heroes 2 dikeluarkan pada tahun 2013, ia hanya menerima penambahan melalui DLC tetapi tiada pengumuman untuk permainan baharu.

Penantian tersebut berakhir apabila Relic Entertainment dan Sega telah mengumumkan yang Company of Heroes 3 akan dilancarkan pada lewat tahun 2022 untuk PC.

Mereka juga mengumumkan sesi percubaan untuk versi pra-alfa dibuka untuk semua, jika berminat anda hanya perlu daftar di companyofheroes.com dan menyambung akaun Steam anda untuk mendapat akses. Jika anda ingin tonton video bentuk permainan pula, ia dikongsi kan di Youtube melalui pautan ini.

Company of Heroes 3 akan berlaku di Mediterranean iaitu Utara Afrika dan juga Itali, di mana pemain boleh bermain sebagai tentera Amerika Syarikat dan British dan tentera Jerman bersama dengan Itali.

Sohor Kini