Ghostwire: Tokyo Diumumkan Tertunda Ke Awal Tahun 2022

Ghostwire: Tokyo yang dibangunkan oleh Tango Gameworks merupakan salah satu permainan oleh Bethesda yang akan terus dikeluarkan secara eksklusif untuk PlayStation 5 walaupun selepas diambil-alih oleh Microsoft, namun berbeza nasib dengan permainan satu lagi iaitu Deathloop, Ghostwire: Tokyo tidak akan dikeluarkan pada tahun ini.

Melalui perkongsian di Twitter, mereka telah mengumumkan yang Ghostwire: Tokyo ditunda ke awal tahun 2022. Mereka mengatakan keputusan tersebut dibuat agar dapat memberikan permainan terbaik semasa ia dilancarkan, dan pada masa sama menjaga kesihatan pekerja-pekerja mereka.

Ibu pejabat Tango Gameworks adalah di Tokyo, dengan keadaan pandemik Covid-19 yang masih tidak menentu di negara matahari terbit tersebut, perkara ini tidak mengejutkan. Sebelum hadir dengan Ghostwire: Tokyo, Tango Gameworks sebelum ini telah hadir dengan dua permainan seram popular iaitu The Evil Within dan The Evil Within 2.

Ghostwire: Tokyo akan dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini