Phoenix Point merupakan permainan strategi oleh Snapshot Games dan juga pencipta siri asal X-COM iaitu Julian Galliop. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2019 untuk PC dan juga Stadia. Melalui kerjasama bersama dengan Prime Matter telah mengumumkan yang permainan tersebut akhirnya akan dilancarkan di konsol melalui Phoenix Point: Behemoth Edition.

Phoenix Point: Behemoth Edition akan dilancarkan pada 1 Oktober 2021 untuk PlayStation 4 dan Xbox One, mereka juga merancang untuk hadir dengan versi khusus PlayStation 5 dan Xbox Series yang akan hadir sebagai naik taraf percuma.

Edisi Behemoth ini akan menyertakan permainan asas bersama dengan 4 DLC iaitu Blood and Titanium, Legacy of the Ancients, Festering Skies dan DLC baharu Corrupted Horizons yang akan dilancarkan bersama dengan versi PC. Sebagai satu permainan strategi, Phoenix Point untuk konsol telah diubah suai untuk memastikan kawalan lebih mesra menggunakan alat kawalan.

Phoenix Point sudah dilancarkan untuk PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini